sejarah syarikat

PPJ Home Builders Sdn. Bhd. (PPJHB) adalah sebuah entiti perniagaan yang dikembangkan daripada unit asal iaitu Syarikat Perniagaan Pakatbina Jaya (PPJ). Syarikat Perniagaan Pakatbina Jaya (PPJ) ini merupakan syarikat perkongsian milik Bumiputera sepenuhnya berorientasikan keuntungan yang diasaskan oleh Encik Muhammad Amir Bakhtiar Bin Yusoff bersama-sama dengan Haji Sidi Omar Bin Mat Jusoh pada tahun 2001. Pada tahun 2001 sehingga 2007, syarikat kami telah membina sebanyak 50 unit banglo, teres dan rumah kedai.

Selaras dengan peningkatan dan perkembangan aktiviti perniagaan PPJ khususnya di dalam bidang pembangunan hartanah dan pemajuan perumahan, kami mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad iaitu PPJ Home Builders Sdn. Bhd. pada tahun 2007 dengan modal berbayar kini sebanyak RM2,000,000 (Ringgit Malaysia Dua Juta). Kini PPJ Home Builders Sdn. Bhd. (PPJHB) merupakan sebuah syarikat berdaftar sebagai pemaju perumahan berlesen dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta ahli berdaftar Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (REHDA Kelantan).

Syarikat PPJ Home Builders Sdn. Bhd. (PPJHB) juga turut menubuhkan beberapa anak syarikat yang lain bagi mendokong dan melaksanakan aktiviti sokongan perniagaan kami.  Antara anak-anak syarikatnya ialah pertama, syarikat Izmie Construction. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006 dan berdaftar dengan CIDB dalam kelas G2. Kedua, Syarikat PPJ Construction Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2007 khususnya untuk pembinaan dan syarikat ini juga turut berdaftar dengan CIDB dalam kelas G3. Ketiga, syarikat Haji Ali & PPJ Home JV Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2008 yang merupakan syarikat pemaju perumahan yang membina Taman Haji Ali Machang. Syarikat ini merupakan syarikat usahasama di antara syarikat Haji Ali Home Sdn. Bhd. & PPJHB khususnya untuk memajukan Taman Haji Ali Machang. Pada tahun 2009 pula kami menubuhkan anak syarikat keempat iaitu syarikat PPJ Land Sdn. Bhd. khususnya bagi urusan pembelian tanah yang dimajukan oleh PPJ Home Builders Sdn. Bhd. bagi tujuan pembangunan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Seterusnya kami menubuhkan anak syarikat kelima iaitu syarikat Izmie Resources khususnya dalam perkhidmatan sewa lori dan membekalkan bahan-bahan binaan. Setelah penubuhan PPJ Home Builders Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat sokongan tersebut, sehingga kini pihak kami telah menyiapkan beberapa buah lagi taman perumahan. Diantaranya ialah:

Dalam bidang pembinaan pula, Izmie Constructions dan PPJ Construction Sdn. Bhd. telah menyiapkan beberapa projek yang diberikan oleh pihak ketiga. Diantaranya ialah:


Antara

Banglo Satu Tingkat Peringat, Kota Bharu

  • Beds: 4
  • Baths: 3
  • 1,712 kps
  • Banglo

Semi-D Taman Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan

  • RM309,000
  • Beds: 3
  • Baths: 2
  • 1,134 kps
  • Semi-D

Banglo Setingkat Setengah Kok Lanas

  • Beds: 4
  • Baths: 4
  • 2,296 kps
  • Banglo

Compare listings

Compare